BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 24, 2010

BANYAK NYER MAKANAN YANG TAK BOLE NAK MAKAN LAGI

Banyak makanan dan minuman yg tak boleh aku makan lagi,antara nyer

1.MacD
2.Pizza hut
3.kfc
4.sambal belacan
5.timun
6.air sejuk(termasuk semua jenis dan bergas)
7.tembikai(walhal favourite aku ni)..

Masih mencari,apa lagi benda yg aku tak bole makan..!!!!yg diatas confirm..aku elakkan walaupun semua diatas adalah favourite aku dr kecik!!!!..sob..sob..

MANA NAK LETAK NI??




































Ni mane nak letak mainan anak aku ni????..semua ada yang turun temurun dari cousin2 aku jugak ni..sayang kalau di sedekahkan orang..bukan kendekut tapi..sayang coz bukan senang nak dapat balik mainan jenis ni semua..
Abah kate..kemas2 mane yg patut dan sedekahkan pada orang..tapi siapa??..mane ada sebelah abah dan mak aku budak kecik lagi?????semua da besar panjang dan remaja dah???..pening aku
Yang Alias Jr,,dok menyempah kat barang2 ni semua..aku dok kutip,,Alias Jr dok terbalik kan kotak2 yg da tesedia tersusun cantik..Bila berjalan..kaki ku mesti terpijak kereta2 mainan yg sebesar tapak tangan bayi....lebam biru dibuat nyer tapak kaki aku..
Klau aku yang terpijak tak apalh jugak,ni MAK ABAH..SUAMI..mesti mengADUH sakit nyer...
Aku yg kesian,kalau mereka terpijak..coz semua nyer da berumurkan...bertambah++++++++..lah sakit nyer..rite??

Berbalik pada mainan ni..apa ek nak buat???sedekah or juz letak kat tong sampah depan umah ni???i bet mesti sekejap dan sepantas kilat hilang..bebudak sapu

Nak ikutkan..mewah benor ALIAS jr ni...
Da terlebih beli pulak daaaa....

JAMU DAN VITAMIN

Gambar diatas adalah ubat jamu dan vitamin yang aku makan setiap hari!!!!...so far aku tak pernah lupa makan ubat ni kecuali semasa aku datang bulan..!!!(berhenti makan selama 4-5 hari).

BLACKMORES
Aku makan vitamin ni since aku anak dara lagi..its very good for ur skin...Kalau ada mane2 tempat yg luka..BY TOMORROW luka tu akan nampak kering seolah2 da sembuh dari segala2 nyer.Dulu waktu adek aku(ejoy)..jatuh dr basikal..adek aku mengalami luka yg sangat dlm dan teruk..LUCKY adek aku mmg makan ubat ni..!!!Malam tu,sebelum adek aku tido..dia makan ubta BLACKMORES ni..tomorrow morning bila pergi klinik..DOKTOR very surprise..luka tu da jadi kering dan sembuh sedikit..
Sesiapa yg sedang mencari vitamin utk harian,cubalah vitamin ni BLACKMORES,,hanya rm39.90( 1 botol mengandungi 30bj)

LAMPSIS(PRODUK OMBAK BESAR)
Aku makan ubat ni since i deliver my baby..i think dalam mase 6bulan my weight turun banyak giler..sebelum makan ubat ni weight aku ialah 63kg sma berat dengan suami aku..then bila start makan ubat ni..my weight turun 60 kg then 55kg then 50 kg then 49kg and the latest my weight now is 47-48kg...
Makan ubat ni kena banyak minum air..dan bila makan ubat ni..(selalulah ke TOILET)..bg yg da serasi dgn ubat ni(pg ke TOILET,malam ke TOILET)..so da ok la tu kan..memang normal la tu..utk mereka yg payah sgt nak ke TOILET.(my aunt and cousin makan ubat ni da rase perubahan nyer).

JAMU MAK DARA
Jamu yg ni pulak adalah utk dalaman wanita,teramatlah elok bg mereka yg da berkahwin..
Tak ada apa yg nak dicakapkan ttg ubat ni,coz kalau da utk sistem dalaman sudah tentu ia baik utk wanita..kan!!!

LAMPSIS DAN JAMU MAK DARA
Boleh didapati di semua kedai jamu(boleh dapat murah kalau kat kedai jamu)..jgn beli kat shopping complex mahal giler..ok!!!

BLACKMORES
Boleh didapati di semua farmasi,shopping complex,Guardian,Watson..


DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT







DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT..aku suka sangat Beliau..entah kenapa sejak akhir2 ni..aku teringat segala2 ttg nyer dr suami tercinta..

Dia insan yg sungguh...bersih dan suci...!!!dan semua la..aku tak tau nak cakap
Aku bukan jenis yg suka sangat hal2 politik ni..tapi..bila suami tercinta selalu story-morykan ttg Beliau..Aku jadi jatuh hati pulak dgn Beliau.
Cara,tingkah laku dan kate2 Beliau sungguh sopan..Dan dr pengamatan aku..Beliau ni lembut orang nyer..Bukanlah nak sebeah siapa2..tapi hati aku tergerak nak tahu ttg Beliau.
Suami tercinta suka bercerita ttg Beliau..dan terkadang kalau aku berpeluang..aku akan jengah sekejap BLOGSPOT Beliau utk tahu LATEST NEWS ttg Beliau..!!!

Aku tak tahu kenapa setengah pihak sne sni bercerita ttg keburukan Beliau dan fitnah Beliau yg bukan2..!!!..(mcm aku katakan..aku tak tahu sgt bab2 politik ni)..cuma terkadang dlm BERITA tv..mereka kutuk Beliau teruk2..
OOiiiitttt..Aku mmg bukan orang Kelantan tapi salah ke aku suka Beliau???
Cerita utk menjatuhkan Beliau paling banyak aku dengar..tapi kenapa nak buat Beliau mcm tu???..
Beliau suka tersenyum dengan rakyat2 nyer dan suka membantu rakyat nyer dlm kesusahan..jadi apa masalh orang yg tak suka Beliau hah???..Aku tgk cara Beliau memerintahkan Kelantan ok jer???,,kecuali sesetengah dr rakyat Kelantan..adlh jugak yg tak betol tapi majoriti nyer rakyat di Kelantan begitu sayangkan Beliau..

Bole tak aku pun tergolong jugak..coz aku TERSANGAT la suka kat Beliau..
TQ,to mu hubby..yg selalu ceritakan ttg Beliau sampai jatuh hati pada Beliau..ni,,hhehehehhe

Pada mereka yg tak suka dan anti dgn Beliau..ada aku kisah ke???Da suka nak buat mcm mne???...


Tuesday, May 18, 2010

KANSER PAYUDARA

Ujian Saringan Kanser Payudara

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?

  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg

Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpg

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpg

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpg

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography


Apakah itu 'FNAB'?

Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?

'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?

Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:

  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy


Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.


Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :

  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.


Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :

  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis

Soalan Lazim

Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?

  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

  • Urutan
  • Cara relaxasi

Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :

  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga

Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.

  • BRCA1
  • BRCA2
Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sah

KANSER SERVIKS

Ujian Saringan - Kanser Servik

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.

  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer












Rajin2kan diri pergi buat PAP SMEAR..mcm aku ni!!!!



jadi kenapa???apa masalah nyer??

Aku memang tak suka makan ikan..jadi kenapa???Apa masalah nyer???

Memang mulut aku kekadang laser..jadi kenapa???Apa masalh nyer???

Memang aku tak suka bila orang gelarkan suami aku "laki"..jadi kenapa??Apa masalh nyer???

Aku memang tak berapa gemar pergi bertandang umah orang..jadi kenapa?Apa masalh nyer??

Aku memang anti SOSIAL..jadi kenapa?Apa masalh nyer?

Aku memang suka habiskan mase dirumah..menjahit..bace novel dan berkepit dgn mak,abah,suami dan anak..jadi kenapa?Apa masalh nyer?(jeles yer)?

Aku tak suka ber MAKE UP macam opera cina..jadi kenapa?Apa masalh nyer?

Aku suka pakai seluar pendek dirumah..jadi kenapa?Apa masalah nyer?

YA,aku memang anak perempuan seorang dalam keluarga aku..jadi kenapa?Apa masalah nyer?

*****AKU MEMANG BERKAHWIN DENGAN LELAKI DUDA,ANAK 2 DAN JAUH JARAK SUAMI DAN AKU IALAH 15THN..JADI KENAPA?APA MASALAH NYER?*****

Aku memang pantang bila ada lelaki atau perempuan nak M'GEDIK'KAN diri depan aku..jadi kenapa?apa masalah nyer?.

Aku memang tak pandai..jadi kenapa?apa masalh nyer?

YA,aku tak ada rupa,tak ada harta,tak kaya dgn ilmu..tapi aku rase aku kaya dgn adat resam org dulu2..(kira nyer org kate aku kolot)..jadi kenapa?apa masalh nyer?

YA,aku mengaku aku tak gemar KAMPUNG..jadi kenapa?apa masalh nyer?


Apa pun..tak perlu nak mengata aku dr belakang. kalau ada yg tak puas hati dgn aku.sila bgtau aku DIRECT jer ok..!!!..itu lagi molek..lebih baik.. dr nak menjaja name aku dgn kate2 yg tak baik dan tak elok!!!!...
Dan utk pengetahuan semua,aku tak suka nak menganggu org..kalau aku sms,call atau bertanya hal itu ini..itu kerana aku mengambil berat dan hanya nak berbahasa utk bertanya khabar..bukan niat nak MENJAGE TEPI KAIN ORANG.

SEKIAN..

HUJAN OH HUJAN PANAS OH PANAS

Sekarang ni hujan tak menentu betol..kekadang lebat..kekadang tak..
yg aku ni dok teragak2 nak basuh baju..coz nnt baju byk tak kering..!!!
Bila tak kering..mula la semua bertumpu kat aku..
=mne t-shirt kuning tu?
=mne seluar dlm?
=mne seluar panjang??tak kering lagi ke??
=mne tuala kaler pink tu,nak pakai ni???


Hal2 ni semua akan menghantui aku..coz aku yg incharge PAKAIAN seisi umah ni..so kalau tak complete..semua tu...semua serbu aku dgn soalan2 diatas..


Kalau panas pulak..aku akan cepat2 basuh baju dan bila kering..aku akan lipat semua dan masukan dlm almari mereka semua..so dat..mereka tau semua da ada tersedia..tak perlu tanya soalan ANNOYING tu!!!!

Tapi kesiankn mereka yg tak tahan cuaca panas...mesti mengeluh tak tentu pasal..
=aduh..panas nyer hari ni..bila la nak hujan(tapi bila hujan turun 24jam..)???
mereka nak kan cuaca panas pulak..(manusia..manusia..)!!!!



= KESIAN PADA BUDAK2 SEKOLAH DAN BEKERJA..SUSAH MEREKA NAK BALIK..DGN TRAFFIC JAM NYER..HUJAN LEBAT NYER..BANJIR SNE CNI..TENTU KELUARGA RISAU BAIK YG BEKERJA DAN BERSEKOLAH..DAN TENTU2 NYER PADA MERKA YG MENUNGGANG MOTOSIKAL..TENTU TERSELIT CELAH2 JAMBATAN,BUS STOP DAN CELAH PONDOK UTK BERTEDUH..
KESIAN MEREKA NI SEMUA..





Kalau cuaca panas..aku rase..mesti yang ramai jatuh sakit...baik yg muda,tua dan kanak2.
Mereka mesti diserang dgn sakit tekak..sakit badan..demam panas,dan pelbagai jenis sakit..
Klinik dan hospital mesti penuh dgn mereka yg nak minta MC ..2-3 hari..kan????
Buat mereka yg bersekolah dan bekerja..tentu pergerakan mereka lebih cepat dan mudah utk sampai ke destinasi masing2..

Yang best nyer kalau panas..baju yg aku basuh semua dapat dilipat dan disimpan...Klau hujan pulak..(pada mereka yg kaki tido..mmg seronok la tido berjam2 lama nyer)..


kesimpulan nyer HUJAN ATAU PANAS..masing2 ada kebaikan dan keburukan nyer..
Apa pun ianya dtg dr ALLAH SWT..kita tak boleh mengubah nyer..=)

Sunday, May 16, 2010

upin dan ipin(wish hve a twin son)

entry ni..nak bgtau..yg aku suka anak kembar...bole ke dapat yer???
Suka sgt anak kembar
Kata org ssh nnt nak jge coz.mereka ni mcm MAGNET..kalau seorg da sakit...yg lagi seorg mesti sakit jugak..kalau seorg nak makan..yg lagi seorg nak makn jgak..BAYANGKAN PULAK..kalau nak pergi skola nnt..mesti belanja byk jugak..kan..kan..!!!..Tapi tu rezeki org la(sumtime rezeki tu dtg dr KEMBAR tu jugakn)!!

Dan kata org ssh nak dapat anak kembar..SEPASANG(LELAKI DAN PEREMPUAN)...coz byk risiko nyer..coz salah seorng dr nyer mesti mati..(entahlh..kata org..aku pun tak tau)..

Klau bole aku nak mcm UPIN DAN IPIN...comel,nakal dan baik hati..
Ada ke yg mcm ni dlm dunia ni????(ni semua dtg dr ajaran mak bapak juga kan)!!!...

Doakan aku utk dapat anak kembar jer...Insyallah..-amin-


Saturday, May 15, 2010

Entrada Secreto de Amor telenovela opening

Wish list aku yang kedua ialah cite "secreto de amor"..pelakon nyer tetap sama"scarlet ortiz"..Actually pelakon2 dlm cite ni semua tampan2 dan cantik2 belaka..SAYA SUKA..SAYA SUKA..hehhehe
Dan sudah tentu cite ni akan memakan mase yg lama utk abis coz episod nyer kalau tak silap aku..lebih 100 episod+++..(entah tak pasti).Tentu2 nyer makan mase 2-3thn utk abiskn cite ni..

Dan utk mase 1 jam..aku akan dudok depan tv..sambil2 menjahit dan menjage anak..hehehehe

owh.I LOVE BE A HOUSEWIFE...!!!!




Mis Tres Hermanas opening


Yehaaaaaaaaa...cite ni da main balik semula..setiap hari isnin hingga khamis pkol 11.30pg hingga 12.30tgh.
apa lagi dok depan tv la aku jawab nyer..!!!
da tentu..tentu cite ni sampai tahun depan..baru habis..
Bukan apa,aku minat sangat pelakon Latin ni"scarlet ortiz"..dlm cite ni nama nyer LISA..
Damn..she so 'HOT'..


Friday, May 14, 2010

SUAMI,HUSBAND,HUBBY

ENTrY kali ni ttg panggilan suami,husband dan hubby..

Bole tak korang semua panggil suami masing2 dgn gelaran suami atau husband atau hubby???...
Tak manis sungguh kalau korang panggil suami korang "LAKI"..!!!
Dan aku cukop pantang bila ada orang panggil suami aku "'LAKI".bole tak panggil dgn nama "suami awak".."husband awak"..atau pun "hubby awak"???
Lagi manis kan??

cuba pulak panggil gelaran suami tu "laki"???..kasar bunyi nyer kan??buruk bunyi nyer kan???..contoh nyer:

="oii laki ko balik kol berapa'?
='laki ko keluar dgn siapa?'
='laki ko ada bini lain ek?"
="laki ko nak pegy mne smart2 tu?"
="laki ko suka tak makan nasi dgn budu?"(of course ler SUAMI aku org kelantan)

byk lagi la,kalau nak sebut!!!,,aku tak suka sungguh dgn gelaran "LAKI" utk suami aku..
Bg mereka yg da biasa dgn panggilan tu ..mungkin tidak menjadi hal pada sang si "isteri"....tapi bg aku kasar dan buruk bunyi nyer!!!

Bg aku,kedudukan suami adalah paling tinggi nilai nyer dlm sesebuah keluarga jadi,,kalau panggil 'LAKI"..ishhhh...TAK SUKA.!!!..tak suka ok!!!

jadi pada sang isteri..nilai la sebaik2 nyer dgn panggilan untuk suami..

SUAMI ni..KEDUDUKAN DIA TINGGI DAN PERLU DIHORMATI.OLEH SEMUA SANG ISTERI..!!!

Dan si suami pula jgn la panggil isteri tu "bini"..panggil la " isteri" atau "wife"..lebih manis dan cantik..

ok,,???..




NEW BLOG AGAIN

Don no where to start,,,coz im starting all overagain..to blog!!!

im kind of busy diz lately...much..mucH work to do since mom..at BUKIT ANTARABANGSA...!!!

and as a housewife..there's so many thingss to.do..sumtime i got no time for myself..!!!!

but,,,in a way..i like to be a housewife..and a mom..

i try my best to do all work done A.S.A.P!!!